Muktamar PAS: Hanipa Maidin kena boo oleh perwakilan - pakdin.my

muktamar-pas-2015-hanipa-maidin-kena-boo

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin beberapa kali diejek dan di’boo’ perwakilan serta pemerhati PAS semasa menjawab soalan perwakilan berhubung pendirian dan kenyataannya yang sering bertentangan dengan keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya berhubung isu Hudud.

Isu itu timbul sewaktu sesi pembentangan laporan tahunan PAS 2014-2015 kerana perwakilan berpendapat tindakan Hanipa selaku Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS tidak mempertahankan tindakan Hadi dalam isu hudud tidak sewajarnya berlaku.

Hanipa yang tidak berpuashati berkeras mahu menjelaskannya walaupun sedia diberi ruang oleh Pengerusi Tetap untuk menjawab kemudian.

Menurut Hanipa, beliau mahu menjelaskan kekeliruan isu itu sebelum proses pemilihan dibuat oleh perwakilan supaya tidak menjejaskan peluangnya.

Tindakan Hanipa menyatakan bahawa pendiriannya sama dengan Presiden PAS berhubung isu hudud menyebabkan beliau sekali lagi di’boo’ oleh perwakilan dan pemerhati.

Keadaan itu menyebabkan Pengerusi Tetap terpaksa meredakan keadaan dengan meminta hadirin di Stadium Tertutup Kuala Selangor bertenang.

“Saya sudah biasa dengan keadaan ini Tuan Pengerusi, dalam Dewan Rakyat pun Datuk Seri Noh Omar pun buat macam ini, sama saje perangai mereka dengan orang UMNO,” sindirnya kembali kepada perwakilan.

Reaksi Hanipa itu bagaimanapun menyebabkan beliau terus di’boo’ lagi dan keadaan hanya tenang selepas Pengerusi Tetap bertindak meneruskan dekorum dengan meluluskan laporan tahunan 2014-2015.

Sebelum ini, sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, Hanipa turut diejek dengan sorakan “boo” ketika mengulas mengenai krisis politik di Selangor.

UTAMAPOLITIKMuktamar PAS: Hanipa Maidin kena boo oleh perwakilan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium