Murid tahun dua enggan ke sekolah dirantai ibu - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Seorang murid perempuan ditemukan orang ramai dalam keadaan kakinya dirantai di Taman Permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang itu, pelajar tahun dua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina itu dikatakan telah dirantai oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak itu telah dirantai oleh ibu kandungnya sebagai denda kerana enggan ke sekolah.

Gambar kaki kanak-kanak itu dirantai kini viral di laman sosial.

20161027-murid-dirantai-enggan-kesekolah


Polis Ambil Keterangan Wanita Rantai Anak

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan ibu kepada seorang murid perempuan yang kakinya dirantai di Taman Permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, wanita berusia 30-an itu bagaimanapun tidak ditahan dan dibebaskan sebaik sahaja keterangannya diambil.

Menurutnya, siasatan kes itu telah dijalankan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang semalam, murid tahun dua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina itu dikatakan telah dirantai oleh ibu kandungnya sebagai denda kerana enggan ke sekolah.

Susulan daripada itu, gambar kaki kanak-kanak yang dirantai kini viral di laman sosial.


Ibu Rantai Anak Dilepaskan Selepas Soal Siasat

Seorang wanita berusia 30 tahun yang bertindak merantai kaki anak perempuannya di tiang lampu di Bandar Sunway dekat sini telah disoal siasat dan dilepaskan pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata polis dimaklumkan mengenai insiden itu di Apartmen Lagoon Perdana dekat Bandar Sunway kira-kira pukul 6.53 petang Rabu.

“Apabila anggota kami tiba di lokasi, sekumpulan orang ramai berkumpul di keliling budak perempuan itu yang dirantai di sebatang tiang,” katanya.

Kira-kira 10 minit kemudian, ibunya datang dan mengakui merantai anak perempuannya itu.

Polis kemudiannya menasihatkan ibu kanak-kanak itu supaya melepaskan budak berusia lapan tahun itu yang dirantai kerana sering tidak mahu pergi ke sekolah.

Katanya, ibu dan kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk disoal siasat.
Mohammad Azlin berkata ia adalah kali pertama kanak-kanak itu dirantai dan polis kemudiannya melepaskan mereka.

UTAMAMurid tahun dua enggan ke sekolah dirantai ibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium