Myvi 2018 Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Harga Sama Myvi 2005 - pakdin.my

Perodua Myvi 2018 dilancarkan secara rasmi pada petang Khamis lalu walaupun tempahan telah dibuka beberapa hari sebelum itu.

Pada petang Jumaat, Myvi 2018 telah menerima 6,000 tempahan. Pada harga RM50,000 sebuah, yang berjumlah RM300 juta.

Kereta pertama telah diserahkan kepada Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

PNB adalah pemegang saham utama Perodua Bhd.

MyVi yang baru, mendapat penarafan 5 bintang bagi ciri keselamatan dengan spesifikasi tinggi dan pada harga yang tidak banyak berubah sejak MyVi mula dilancarkan pada tahun 2005.

12 tahun lalu pada tahun 2005, ianya berharga *RM51,300* untuk Myvi 1.3EZi 1.3L, 85 HP, Auto, Dual Airbags, ABS dengan penggunaan bahan bakar sebanyak 13km seliter.

Hari ini, perlu membayar *RM51,800* untuk Myvi 1.5 High Auto spec 102 HP dengan enam beg udara, ABS, EBD, VSC, Traksi kawalan (TRC) dan Emergency Stop Signal (ESS) dengan penggunaan bahan api lebih ekonomik sebanyak 20.1 km seliter .

UTAMAMyvi 2018 Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Harga Sama Myvi 2005

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium