Najib berbuka puasa bersama ulama, umara dan NGO Islam #RamadhanMoments - pakdin.my

Najib berbuka bersama ulama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini berbuka puasa bersama para ulama, umara dan pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasminya, Seri Perdana di sini.

Selesai berbuka, Perdana Menteri bersama hampir seribu tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah serta solat tarawih diimamkan oleh imam jemputan Masjid Wilayah dari Syria, Sheikh Rami Al-Badawi.

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 110 anak yatim, pelajar tahfiz, warga emas dan ibu tunggal.

Pada majlis itu, Najib menerima memorandum daripada 106 NGO Islam dari seluruh negara yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan beliau untuk terus menerajui negara.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghentikan segala spekulasi dan tohmahan liar terhadap Najib serta tidak mudah percaya dengan fitnah yang disebarkan terutama menerusi media sosial.

UTAMANajib berbuka puasa bersama ulama, umara dan NGO Islam #RamadhanMoments

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium