Najib cabar pembangkang dedah semua dana parti mereka - pakdin.my

Najib-bandar-tun-razak-2

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Najib dalam ucapannya di majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri, Sabtu menegaskan tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

“Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan,” tambahnya ketika menegaskan pendiriannya berhubung dana politik yang diterima parti UMNO.

Menurut Najib yang juga Presiden UMNO, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya bukan rasuah sebaliknya derma.

Beliau kesal kerana sudah banyak dana atau bantuan diberikan kepada Bahagian-Bahagian UMNO tetapi beliau terus diserang termasuk ada ahli-ahli parti turut ‘tuang minyak’.

“Saya tidak jual negara, juga tidak jual kontrak malah telah berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik,”..

“Apa sahaja yang saya lakukan sebagai presiden UMNO, walaupun saya menerima dana, ia adalah untuk parti.

“Saya telah membantu bahagian, termasuk menyediakan peruntukan bulan untuk menjalankan operasi mereka.

“UMNO, di bawah kepimpinan saya, telah menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab korporat (CSR), menghantar orang untuk menunaikan ibadah Haji dan membaiki rumah usang.

“Apa yang berlaku adalah mereka terus berdiam diri apabila mendapat wang tetapi apabila saya diserang, semua senyap,” katanya

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

UTAMAPOLITIKNajib cabar pembangkang dedah semua dana parti mereka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium