Najib: Era kapitalisme kroni tidak boleh diteruskan - pakdin.my

Tiada ruang untuk amalan kroni wujud dalam pentadbiran kerajaan pada era kini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada pertumbuhan ekonomi negara.

“Era kapitalisme kroni yang lalu tidak boleh diteruskan dan fokus diberikan kepada urus tadbir korporat digabung dengan visi jelas dalam pengurusan ekonomi.

“Oleh itu, kerajaan komited bagi memastikan perniagaan dan institusi bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti tempatan, tetapi juga beroperasi pada tahap tinggi,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 di sebuah hotel di ibu kota hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Pengerusi Institute for Capital Market Research (ICMR), Prof Datuk Dr Hassan Said.

WCMS 2018 bertemakan ‘Renaissance of Capitalism: Markets for Growth’, merupakan anjuran Suruhanjaya Sekuriti dan diadakan selama dua hari yang berakhir esok.

Teks penuh ucapan:
https://www.najibrazak.com/bm/blog/world-capital-markets-symposium-2018v/

UTAMAEKONOMINajib: Era kapitalisme kroni tidak boleh diteruskan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium