Najib hubungi kedutaan minta bantu Hadi Awang di Turki - pakdin.my

hadi-najib-tweet

Perbezaan fahaman politik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Istambul.

Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta Kedutaan Malaysia di Turki memberi bantuan sewajarnya kepada Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang..

Menurutnya, beliau telah menghubungi pejabat kedutaan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, pagi Sabtu.

“Dimaklum Datuk Seri Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan sepatutnya,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

Najib kini berada di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Abdul Hadi dimasukkan ke hospital di Istanbul pada kira-kira 8.45 malam Jumaat waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas


 

UTAMANajib hubungi kedutaan minta bantu Hadi Awang di Turki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium