Najib Lawat Anwar

Di atas dasar keprihatinannya, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkesempatan melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Susulan itu, Perdana Menteri memuat naik gambar kunjungan ke akaun Twitternya.

“Saya melawat Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

“Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu.

“Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Turut kelihatan dalam gambar dimuat naik ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Najib sebelum ini pernah melawat pemimpin pembangkang lain di hospital seperti Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan bekas Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

Pada masa sama, langkah dibuat Perdana Menteri itu dipuji oleh netizen yang menghargai tindakan beliau melawat rakan lama walaupun berlainan aliran politik.

Netizen juga melihat Najib sebagai pemimpin berjiwa murni, walaupun Pengerusi BN itu sering dicerca dan diperlekeh pembangkang.

Pada Ahad lalu, Anwar menjalani pembedahan di bahu kanan berikutan kecederaan semakin teruk akibat kemalangan September lalu di persimpangan Saujana Utama, Selangor.

Sebagai reaksi kepada lawatan Najib, keluarga Anwar diwakili anak lelakinya, Muhamad Ihsan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia.

5 Replies to “Najib Lawat Anwar

    1. BEBASANWAR. skrg diera Najib, semakin menjadi2 DSAI dianiaya …..apa xnya pantang DSAI berura2 politik maka mulalah segala2nya

      era DrM

      1998 DSAI berura2 nak bertanding jawatan Presiden UMNO

      Azizan tulis surat kpd PM , 1999 DSAI dipenjara

      era PakLah

      2004 Mkmh putuskan DSAI xbersalah n dibebaskan

      UMNO putuskan DSAI diharamkan seumur hidup utk jadi ahli UMNO semula

      SEBALIKNYA

      era Najib

      2008 DSAI ura2 nak bertanding prk P/Pauh

      Saiful dtg ke pejabat PM, 2012 Mkmh Tinggi putuskan DSAI xbersalah n dibebaskan

      2013 DSAI berura2 nak bertanding pru 13

      Media perdana sebarkan video china doll, papagomo dll

      2014 DSAI berura2 nak bertanding prk Kajang

      Mkmh Rayuan putuskan DSAI bersalah n dipenjara , kononya Mkmh Tinggi telah KHILAF bebaskan DSAI

      2015 DSAI xada ura2 nak berhenti politik

      Mkmh Persekutuan putuskan DSAI bersalah n dipenjara , (maka DSAI xlayak bertanding pru 14-15)

      2017 DSAI ada ura2 akan dibebaskan?

      Ahmad Husni Hanadzlah melontarkan fitnah terhadap DSAI dalam Dewan Rakyat pada 1hb November

Leave a Reply