Najib Lebih Pandai Jaga Ekonomi Daripada Mahathir

Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.
Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.
“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.
“Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.
Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.
Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.
“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri…” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia’s economy”.
Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.
Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.
Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.
“Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat,” kata Datuk Seri Najib.
Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti  Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).
Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.
Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106.  Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.
Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.
Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang  melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.
Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.
Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti  Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.

Leave a Reply