Najib menghadap Raja Salman

najib-mengadap-raja-salman

JEDDAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana As-Salam di sini.

Pertemuan berlangsung kira-kira setengah jam mulai 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia).

Pertemuan itu adalah antara atur cara lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Arab Saudi atas undangan Raja Salman.

Ini adalah kali pertama pertemuan rasmi berlangsung antara kedua-dua pemimpin.

Najib pernah menemui Raja Salman ketika majlis pengebumian Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pada Januari lalu.

Perdana Menteri kemudian mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Naif Al-Saud.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Leave a Reply