Najib persoal motif Dr. Mahathir berhubung dakwaan terhadap beliau dan kerajaan – https://najibrazak.com/faq-3/# - pakdin.my

najibrazak_com_faq

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan yang disuarakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib berkata: “Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini.”

Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan serta respons beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu Altantuya dan 1MDB.

Mengenai tuduhan Tun Dr Mahathir, Najib berkata:

“Saya menerima kritikan dengan fikiran terbuka dan akan terus menangani kebimbangan serta maklum balas yang tidak berasas. Kita juga mestilah sentiasa menghormati orang tua-tua kita yang telah banyak berjasa kepada Malaysia.

“Namun demikian, saya tahu ramai yang percaya bahawa kini sudah tiba masanya mereka membiarkan generasi terkemudian untuk mentadbir negara ini dan ini termasuk mengatasi sendiri masalah serta cabaran yang ada.

“Malaysia adalah negara demokrasi. Saya dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Jadi, saya mendapat mandat daripada mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti serta rakyat, bukan kepada mana-mana individu.

“Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, anggota parti dan rakyat boleh menggunakan hak demokarsi mereka melalui peti undi.

“Di samping itu, banyak kritikan Tun adalah tidak adil atau mengelirukan: beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua ahli ekonomi berwibawa percaya bahawa meluaskan asas ekonomi kita merupakan perkara yang betul untuk dilakukan. Hasilnya akan digunakan untuk kebajikan rakyat juga. Sebenarnya, idea ini pertama kali disuarakan semasa pentadbiran beliau.

“Tun mengulangi khabar angin jahat pembangkang tentang isteri dan keluarga saya.

“Sebagai contoh, ketika berucap di Ipoh baru-baru ini, beliau menyebut tentang kenyataan rekaan yang dijaja pembangkang melalui penggunaan sebuah artikel Utusan (Malaysia) yang dipinda.

“Beliau juga mengulangi tuduhan jahat yang dimulakan pembangkang semasa pilihan raya umum lepas kononnya isteri saya memiliki cincin berharga RM24 juta.

“Itu adalah suatu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin itu menjelaskan secara terperinci ketika itu bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Adalah dikesali apabila seseorang yang berkedudukan seperti Tun tergamak menyampaikan fitnah seperti itu kepada rakyat.

“Beliau juga mengulangi perbuatan pembangkang yang menimbulkan isu berkaitan pembelian sebuah jet gantian oleh kerajaan dengan mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet itu, dan menggelarkan saya sebagai pembohong. Ini juga tidak benar – malah, baginda merupakan penumpang VIP pertama yang menggunakan jet yang baru diterima itu untuk penerbangan ke Langkawi, dan baginda akan terus menggunakannya.

“Tun menjadikan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang saya.

“Memang benar, 1MDB kini berdepan dengan cabaran, tetapi bukanlah hingga ke tahap seperti yang dituduh itu. Hakikatnya, sesetengah tuduhan yang dibuat itu tidak mempunyai asas, sebagai contoh dakwaan Tun bahawa saya bertanggungjawab bagi kerugian sebanyak RM42 bilion yang terkandung dalam lembaran imbangan 1MDB.

“Nampaknya, ini merupakan suatu perbuatan yang sengaja memutarbelitkan fakta kerana 1MDB tidak mengalami kerugian sebanyak itu. Ini adalah jumlah hutangnya; hutang yang jauh lebih kurang daripada aset syarikat itu yang bernilai RM51 bilion, seperti yang diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

“Kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai kadar hutang yang tinggi, jadi ini bukanlah suatu perkara luar biasa.

“Beliau juga mendakwa saya tidak menjawab isu-isu yang menyelubungi 1MDB, tetapi saya telah pergi lebih jauh daripada itu – dan mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan audit terhadap 1MDB, yang hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan.

“Tun sering mendakwa beliau melakukan sesuatu itu kerana itulah apa yang diberitahu oleh rakyat kepada beliau apabila mereka datang berjumpa beliau. Tetapi, beliau perlulah selidik dahulu sama ada tuduhan seperti itu mempunyai bukti dan kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tentu sedar bahawa kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dahulu.

“Dan, selalunya, jawapan Tun ialah: “Mana buktinya?” Beliau patut melakukan ujian serupa terhadap apa yang beliau dengar itu.

“Walaupun begitu banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, tetapi semua kemajuan yang dicapai negara kita dan BN (Barisan Nasional) tidak diendahkan kerana lebih suka kepada tuduhan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang.

“Kebanyakan perkara yang dikatakan oleh Tun tidak mempunyai objektiviti dan tidak betul sama sekali.

“Soalannya ialah – apakah yang menggerakkan Tun memilih saat ini untuk mengulangi tuduhan jahat yang direka kumpulan pembangkang yang sebelum ini beliau sendiri kecam sebagai pembohong itu?

“Sepanjang 22 tahun beliau berkuasa, Tun selalu mendesak agar anggota parti perlu menyokong kepimpinan dan saya menyokong beliau ketika susah dan senang.

“Saya berbuat demikian kerana ketika itu, dan malah, hingga kini pun, saya percaya bahawa perpaduan parti merupakan prasyarat bagi apa yang ingin kita capai untuk negara ini. Majoriti besar anggota UMNO masih mengakui bahawa kesetiaan sebenar bererti bekerjasama untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Adalah sesuatu yang tidak betul sekiranya Tun dan mana-mana juga anggota parti bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana keinginan peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

“Saya dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan oleh kerana saya diberi mandat, maka saya akan sempurnakan penggal saya sebagai presiden parti dan perdana menteri.

“Keutamaan saya ialah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 serta transformasi ekonomi, kerajaan dan politik untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

https://najibrazak.com/faq-3/#

Tun Mahathir’s allegations

    1. I accept criticism with an open mind and will continue to address legitimate concerns and feedback.
    2. We must also always respect our elders who have done a lot for Malaysia. However, I know many believe that it is time they let the next generation run the country, and this includes overcoming problems and challenges on our own.
    3. Malaysia is a democracy. I was elected by UMNO, and by the people of this country, to lead them. Therefore, I have their mandate and I am answerable to the party and the people, not to any one individual. At the next general election and party election, the party and the rakyat can exercise their democratic rights through the ballot box.
    4. Furthermore, many of Tun’s criticisms are unfair or misleading:
      • He is opposed to the implementation of GST, although all credible economists believe that broadening our tax base is the right thing to do. The revenue will be used for the welfare of the rakyat. Indeed, the idea was first mooted during his administration.
      • Tun has echoed malicious opposition rumours concerning my wife and family. For example, in a recent speech in Ipoh, he cited a fictitious statement that the opposition has been peddling through the use of a doctored Utusan article. Also, he regurgitated a false smear started by the opposition at the time of the last general election that my wife owned a RM24 million ring. It is a lie, and the company that owned the ring clarified in detail at the time that such a ring was never bought by Rosmah. It is regrettable that someone of Tun’s stature should pass on such slander to the people.
      • He also echoed the opposition in raising the purchase of the replacement government jet, claiming that the Yang Di-Pertuan Agong does not use the jet, calling me a liar. But again this is false – His Majesty was in fact the first VIP passenger to use the newly arrived aircraft for a trip to Langkawi, and will continue to do so.
      • Tun has used the financial challenges facing 1MDB as an excuse to attack me. It is true that 1MDB is facing challenges, but not at the level being alleged. Indeed, some of the allegations that have been made have no grounding in reality, for instance Tun’s claim that I am responsible for a loss of RM42 billon on 1MDB’s balance sheet. This appears to be a deliberate twisting of the facts as 1MDB has not made a loss of this amount. This is the amount of its total debt; debt that is far exceeded by the company’s assets of RM51 billion, as audited and confirmed by Deloitte. Most large companies around the world have high levels of debt, there is nothing unusual about this. He also claimed that I do not answer issues surrounding 1MDB, but I have gone beyond that – and instructed the Auditor General to conduct an audit of 1MDB, the results of which will be presented to the bipartisan Public Accounts Committee. This should ensure that the process is transparent, and all questions that have been asked of the company are independently answered by legitimate bodies rather than politically motivated sources.
      • Tun often claims that he is doing something because of what people tell him when they come to see him. However, he should check whether such hearsay and claims have any evidence and truth before airing them. He knows well that many allegations were made about what happened under his administration. And always Tun’s answer was: “Where is the proof?” He should be applying the same test to what he hears.
      • Although much has been achieved in the first six years of my administration, all of the progress that our country and BN has made are being ignored in favour of baseless allegations and lies started by the opposition. Much of what Tun has said lacks objectivity and is downright wrong. The question should be asked – what is Tun’s motivation in choosing this moment to regurgitate smears manufactured by the very opposition groups that he previously denounced as liars?
      • During his 22 years in power, Tun had always insisted on party members supporting the leadership, especially during challenging times. We did our part then, and I supported him through thick and thin. I did so because I believed then, as I do now, that party unity is a prerequisite for what we want to achieve for the country. The vast majority of UMNO members still recognize that real loyalty means working together to build the party for the good of the rakyat. It is wrong for Tun and any party members to undermine today’s party leadership just because their personal wishes are not met. The interests of the people and the party are far more important than any one individual.
      • I was democratically elected by both the party and the people, and, as I have the mandate, will complete my term as party President and Prime Minister. My priority is to ensure that we achieve Vision 2020 and the economic, governmental and political transformation that will benefit all Malaysians.

 

UTAMAEDITORIAL1MDBNajib persoal motif Dr. Mahathir berhubung dakwaan terhadap beliau dan kerajaan -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium