Najib, Rosmah berbuka puasa bersama pemimpin UMNO - pakdin.my

najib-berbuka-puasa-sri-perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ahad malam menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin UMNO, dan mereka daripada sayap Wanita, Pemuda, Puteri, dan sahabat serta kenalan, di Seri Perdana di sini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abudul Jalil.

Pada majlis itu, Najib juga bergambar dengan para hadirin.

Najib dan Rosmah kemudian menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau memotong kek sempena sambutan Hari Bapa, Ahad.

Najib kemudian menunaikan solat tarawih bersama-sama.

UTAMAPOLITIKNajib, Rosmah berbuka puasa bersama pemimpin UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium