Najib setuju SPRM ambil keterangan

najib-sprm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah bersetuju untuk ditemu bual dan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu tarikh yang sesuai untuk berbuat demikian yang diharapkan dapat dijalankan sebelum akhir tahun ini.

“SPRM sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan beliau sendiri sudah bersetuju untuk diambil keterangan serta memberi penjelasan berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan ini,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Dataran Kawad Kompleks SPRM Johor di sini, hari ini.

Abu Kassim turut menjelaskan bahawa SPRM sedang mengambil tindakan yang perlu bagi melengkapkan siasatan terhadap dua kes terbabit dalam kadar yang segera sebelum akhir tahun ini.

Katanya, ia termasuk dapat mengakses dua pengarah SRC International yang masih berada di luar negara untuk diambil keterangan memandangkan mereka juga adalah saksi penting dalam siasatan terbabit.

15 Responses

Leave a Reply