Najib tanggung dosa jika haji ditaja 1MDB dari sumber haram

Najib tanggung dosa jika haji ditaja 1MDB dari sumber haram

#MalaysiaMemilih #PakatanPHitnah #Mahafiraun, #Mahazalim #PenyamunForex

Kalau duit curi adalah lebih baik Mahathir buat laporan polis, siasat dan dakwa. Bukan cakap tanpa bukti memainkan emosi rakyat dan mengajak mereka memfitnah.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jemaah haji yang pernah dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang terhadap tajaan diterima ketika menunaikan rukun Islam ke-5.

“Golongan berkenaan tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber halal.

“Saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga sedih kerana ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah tidak lagi menerima bantuan haji daripada kerajaan.

“Dr Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengulangi penafiannya terbabit dalam sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi dan menegaskan bahawa jika beliau didakwa di mahkamah, maka ianya kerana alasan politik.

“Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak.

“Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam majlis di Tokyo berkata kerajaan memberhentikan penghantaran jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Beliau dilaporkan menyindir Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.

“Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

“Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang,” kata beliau di hadapan warga Malaysia yang menetap di Jepun.
————
Facebook Najib Razak:
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10155393948460952

Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

———–
Rujukan:

https://www.malaysiakini.com/news/429201
http://pakdin.my/tag/1mdb

28
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Pes All
Guest

Dosa memfitnah najib sapa nk tanggung plak.

Norliah Dalib
Guest

Dosa pahala hanya Allah yg tentukan bukan awak

Elynn Siang
Guest

Moga Tun cpt sedar dan bertaubat sblm ajal dia tiba..selagi dia x minta maaf dgn najib dan rakyat malaysia,dia xkan terlepas dari sgala dosa bila… Read more »

AbangMan Man
Guest

Ini cakap org yg tau dosa pahala

Zikiri Ajad
Guest

Atau susah2 PH tarik aje gelaran hj2 tu bagi2 aje..

Jalil Dolah
Guest

Rekod lidah brcabang atok..

Salwani Marlizan
Guest

Pemimpin kafir tlg sorong bag dilaung2 kan kebaikannya, diviral2 kan lg… Pemimpin melayu Islam membantu rakyat tunaikan haji percuma dikeji dn difitnah duit haram…mana hidayah… Read more »

Nik Rozaina Rahim
Guest

Allah tak akan menduga hambanya melainkan menaikkan darjatnya..wallahualam

Abdul Rahman Kassim
Guest

Yang menuduh..mmbuat fitnah tue yg tanggung dosa besar…jgn buat main2 bab haji ni..

Fozzy Osmand
Guest

1 statement yg berani oleh DSN ! 1 statement yg dtg saya rasa dari oemikiran yg waras kerana beliau sanggup mengelaukan kata SAYA TANGGUNG SEGALA… Read more »