Najib Ucap Syabas Kepada Polis Kerana Berkas Suspek Rompak, Bunuh Pegawai AmBank @NajibRazak - pakdin.my

Suspek tiba di perkarangan mahkamah dengan kawalan ketat polis selepas diberkas di Kota Tinggi, Johor, awal pagi Ahad
Suspek tiba di perkarangan mahkamah dengan kawalan ketat polis selepas diberkas di Kota Tinggi, Johor, awal pagi Ahad

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran kejayaan menahan suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank pada 23 Okt lepas di Kota Tinggi pada Ahad.

“Syabas dan terima kasih PDRM,” katanya dalam tweet terbaharu beliau diikuti sisipan kandungan tweet Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung tangkapan itu.

Khalid menerusi akaun Twitternya pagi tadi mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan suspek.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, Pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

UTAMABERITANajib Ucap Syabas Kepada Polis Kerana Berkas Suspek Rompak, Bunuh Pegawai AmBank...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium