@NajibRazak Umum Akan Pertahan Jawatan Presiden Umno - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini secara rasmi mengumumkan akan mempertahan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti itu, 19 Oktober depan.

Keputusan itu, katanya, dibuat setelah mengambil kira maklum balas daripada Badan Perhubungan Negeri dan Suara dalam persidangan cawangan Umno yang mahu beliau meneruskan kepemimpinan parti.najib-projek-sulit-icDatuk Seri Mohd Najib bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan Middle Temple 2013 di ibu negara petang tadi.

Beliau menyandang jawatan Presiden Umno sejak tahun 2009 selepas peralihan kuasa daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mahu membuat spekulasi sama ada akan wujud pertandingan dalam perebutan kerusi nombor satu dalam parti itu.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki pasukannya sendirinya, Datuk Seri Mohd Najib berkata, beliau hanya akan memberikan maklum balas selepas pencalonan Umno Sabtu ini.

UTAMAPOLITIK@NajibRazak Umum Akan Pertahan Jawatan Presiden Umno

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium