Nalla Dijangka Dedah Peribadi Anwar Hari Ini - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Datuk S Nallakaruppan dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar khas hari ini di sebuah hotel berhubung saman RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mahkamah pada Isnin baru-baru ini.

Dijangka sidang akhbar tersebut turut akan dihadiri oleh bekas-bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala Krishnan.

Memandangkan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen yang sememangnya kini begitu kontroversi mendedahkan kesongsangan perilaku Anwar sebagai pemimpin ‘nomero uno’ parti politik pembangkang, turut dijangka pelbagai pendedahan akan terbongkar pada sidang akhbar tersebut.

Pada Isnin minggu lalu, Nallakarupan yang merupakan teman bermain tenis Anwar dahulu mendedahkan kepada media bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Nasional itu merupakan seorang biseksual.

Pada Khamis minggu yang sama, Anwar melalui firma guamannya, Tetuan Daim & Gamany, bertindak menghantar notis tuntutan berjumlah RM100 juta dari Nallakaruppan dan ahkbar Utusan Malaysia atas kenyataan tersebut.

Nallakaruppan yang tidak mengendahkan notis tuntutan tersebut kemudiannya mencabar Anwar untuk memfailkan saman terhadapnya dan ‘bersemuka’ di mahkamah pada Sabtu lalu.

Sejak bekas pemimpin PKR itu keluar parti pada tahun 2007, pelbagai pendedahan mengenai Anwar telah dibongkar Nallakaruppan namun tidak sekali pun Anwar bertindak menyaman beliau atas tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Justeru, Nallakaruppan berikrar akan ‘berperang’ habis-habisan terhadap Anwar di dalam perbicaraan di mahkamah dan mendedahkan lebih banyak lagi kisah-kisah peribadi suami Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, itu.

UTAMABERITANalla Dijangka Dedah Peribadi Anwar Hari Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium