Nama Dalam Senarai Calon BN Perak Boleh Digugur Serta-merta – Zambry - pakdin.my

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nama calon yang dikenal pasti mewakili Barisan Nasional (BN) Perak pada pilihan raya umum ke-13 kelak boleh digugurkan serta- merta sekiranya gagal mempamerkan prestasi baik kepada rakyat, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata parti melakukan penilaian prestasi mereka dilakukan secara berterusan, dan yang demikian tiada sesiapa boleh ‘mempromosi’ nama sebagai calon yang layak dan mendakwa mempunyai hubungan baik dengannya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kita telah ada senarai calon tetapi tidak mustahil (digugurkan) sekiranya mereka yang dilihat berpotensi tetapi pada peringkat akhir, mereka dilihat tidak lagi berpotensi.

“Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan pemilihan calon kali ini lebih pentingnya adalah kepada rakyat iaitu yang disukai rakyat atau dianggap ada hubungan rapat dengan rakyat, atau boleh menang serta setia kepada parti sebagai antara kriteria,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Menteri Besar Perak itu ditemui pada majlis pertemuannya dengan warga perkhidmatan awam yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

UTAMABERITANama Dalam Senarai Calon BN Perak Boleh Digugur Serta-merta - Zambry

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium