Polis Rekod Keterangan Wakil Rakyat DAP Di Bawah Akta Hasutan - pakdin.my

 

Ng_Wei_Aik_Akta_Hasutan

Polis hari ini merekod keterangan Anggota Parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa berunsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948.

“Kami rekod keterangan beliau untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, Ng dilihat memberi keterangan selama hampir dua jam bermula pukul 4.05 petang kepada pegawai penyiasat ditemani peguam Ramkarpal Singh Deo di pusat khidmatnya di Jalan Anson di sini.

Pada 16 Feb lepas, Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong membuat laporan polis berhubung artikel Ng yang disiar dalam akhbar Kwong Wah Yit Poh mengenai keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menghukum Anwar lima tahun penjara.

Mengulas mengenai artikel bertajuk ‘Kebangkitan Reformasi’ itu, Ng pada sidang media selepas memberi keterangan kepada polis, berkata ia adalah pendapat peribadinya dan mempunyai keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan percaya perubahan boleh dibuat menerusi peti undi.

“Saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dan turut ditanya adakah saya terlibat dalam gerakan reformasi ketika menjadi pelajar di Universiti Malaya pada 1998. Saya bukan terlibat secara langsung tetapi menyaksikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan, berkata kerajaan negeri akan membela nasib Ng kerana itu merupakan satu penganiayaan politik terhadap seorang wakil rakyat.

“Kerajaan negeri akan membela Ng dan sekiranya perlu kami akan sediakan bantuan guaman,” katanya.

光华日报 · 益不容辞(2015年2月11日刊出)

烈火莫熄再响起?
作者:黄伟益
安华在2004年获释10年,因被控鸡奸罪再次入狱,势必再次引起人民的愤怒,让我们再次对司法自由不敢寄以厚望。
在安华下判前夕,有些朋友问我如何看安华即将面对的下场。我直接告诉他们,安华这一次肯定要坐牢,不因为安华涉鸡奸有罪,而是纳吉一定要让安华入狱,来减弱马哈迪对其政治攻击。
纳吉近期可谓四面楚歌,除了面对马哈迪等人围攻之外,在党内外亦背腹受敌。要如何让自己稳坐钓鱼台,就要把马哈迪的头号敌人安华送入狱,否则放了安华必将让马哈迪怒不可遏。
安华前后两次被控鸡奸罪,第一次还加控渎职罪。安华当年入狱乃因为渎职罪名成立,被释是因为鸡奸罪名不成立。
既然第一次被控鸡奸不入罪,当时仍因渎职罪在牢内蹲了4年,安华难道见过鬼还不怕黑,进而再搞鸡奸让自己短送政治前途吗?
安华1998年被革职,随后掀起风起云涌的烈火莫熄改革浪潮,我当年初入马来亚大学,胆粗粗就随人走上街头示威,吃了不少催泪弹及水炮。
我当年参与烈火莫熄,在校园内推动学生运动,不是因为我对安华情有独钟,而是觉得这个国家的政体太过腐败,一定要有所改革才行。
安华出狱时,我当时就在报界担任采访记者。还记得当天下午2时15分,接到主管指派要我即刻赶到国油双峰塔,到马哈迪位于国油双峰塔最高的办事处,采访他对安华获释的看法。
我还记得,当时为了赶这场记者会,我驾着电单车从八打灵再也赶到国油双峰塔,抵达时2时45分,再通过工作人员带上顶楼时已是超过下午3时,马哈迪早已开始讲话了。
当时的马哈迪可谓是最伤心的人,可见他对安华可谓恨之入骨。我敢相信纳吉如今绝对是为了要让马哈迪爽死,不得不让安华再度入狱。
为什么安华需要因为两只大象打架,沦为被夹在中间的鼠鹿呢?如何马哈迪和纳吉要开战,也不应该把安华当作筹码或祭品。
同样地,当年阿都拉无需因为赢了全国大选,在排除了所有政治威胁后,才将安华从牢狱内放了出来。我们这个国家要的是法治,而不是人治;我们要的是政策改革,而不是人为的昙一现!
尽管安华如今要再次入狱,我想我们不能感觉受挫,反之是时候再让我们高喊久违的烈火莫熄,再次点燃更多人心中的怒火,从当下一直喊到来届全国大选,让这个国家实现政权轮替,让人民能够当家作主,而不再给愚蠢的政客一直牵着我们的鼻子走!

 
 
 

UTAMABERITAPolis Rekod Keterangan Wakil Rakyat DAP Di Bawah Akta Hasutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium