NGO Selangor Turun Padang, Tinjau Pendapat Orang Muda @BN4Selangor - pakdin.my

sayangi selangorSHAH ALAM — Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang), Majlis Belia Selangor dan Majlis Belia Selangor di peringkat daerah akan turun padang untuk menemui golongan muda di negeri ini selama dua minggu bagi mendapat maklum balas berhubung pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang.

Pengerusi Serang Budiman Mohd Zohdi berkata pendapat golongan muda itu akan dikumpul sebelum dibentang kepada Barisan Nasional Selangor.

“Tinjauan pendapat ini akan berkisar kepada masalah anak muda Selangor membabitkan perumahan, pekerjaan, pendidikan dan perniagaan,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata di bawah pemerintahan pembangkang, negeri ini berdepan banyak masalah berkaitan empat perkara itu, termasuk tiada perumahan kos rendah untuk golongan muda.

Katanya, ramai golongan muda yang masih menganggur di negeri ini manakala dua institusi pendidikan di Selangor Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor tidak ditadbir dengan baik.

Budiman berkata bantuan dan insentif perniagaan kepada belia serta beliawanis seperti premis perniagaan yang dilengkapi bekalan air dan elektrik percuma selama dua tahun, seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang, juga tidak dilaksanakan.

“Anak Muda di Selangor merasa tertipu kerana kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa ‘Manifesto’ PR sebenar bukanlah satu janji,” katanya.

UTAMAPOLITIKNGO Selangor Turun Padang, Tinjau Pendapat Orang Muda @BN4Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium