Nik Aziz Kata Cabaran Mahathir Melucukan – Kenyataan Yang Tidak Berpandu Kepada Kenyataan Sebenar. - pakdin.my

 

Kenyataan Tun Dr Mahathir:
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi…ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

 

Hudud: Cabaran Dr M Agak Melucukan – Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar segera melaksanakan hukum hudud di negeri pimpinan PAS Kelantan itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut beliau, sesuatu surat rasmi yang dihantar atas kapasiti sebagai seorang Perdana Menteri tidak akan terbatal walaupun pemimpin berkenaan berundur daripada kerajaan dan meletak jawatan.

“Saya tidak pernah dengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletak jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir,” katanya yang dipetik menerusi akaun facebook Nik Aziz pada Khamis.

Nik Abdul Aziz mengulas mengenai cabaran Dr Mahathir agar Kelantan melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Cabaran Dr Mahathir itu dibuat kerana selama menjadi pemerintah negara, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pernah dilaporkan berkata bahawa Dr Mahathir merupakan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud dan bukan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat menarik balik surat yang menghalang agar Kelantan melaksanakan hukum hudud yang dikeluarkan sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

“Saya memohon Datuk Seri Mohd Najib agar dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika Umno benar-benar ikhlas berjuang untuk agama,” katanya.

UTAMABERITANik Aziz Kata Cabaran Mahathir Melucukan - Kenyataan Yang Tidak Berpandu Kepada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium