Nizar akui kebenaran surat sokongan projek Vale @mbnizar - pakdin.my

IPOH 4 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta ADUN Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.

“Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar,” kata Mohammad Nizar pada hari kedua persidangan DUN Perak di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) Zambry berkata, isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.

UTAMABERITANizar akui kebenaran surat sokongan projek Vale @mbnizar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium