Noh Omar tarik diri pencalonan MT - pakdin.my

noh-omar-120401

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengambil keputusan mengejut menarik diri daripada dicalonkan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau memberi empat sebab utama keputusan tersebut diambil antaranya bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri selepas melihat senario politik di Selangor memerlukan pihaknya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

“Berdasarkan senario politik semasa dalam UMNO saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli MT yang akan datang.

“Mengambil ketetapan ini sebagai tanda terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan melantik saya sebgai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan akan berusaha merealisasikan hasrat Perdana Menteri supaya UMNO BN kembali berkuasa di Selangor.

“Memberi tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Selangor dalam memastikan segala projek dan peruntukan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor,” katanya ketika berucap dalam majlis Aidilfitri dan Kemerdekaan Pergerakan Wanita UMNO Selangor di sini malam ini

UTAMAPOLITIKNoh Omar tarik diri pencalonan MT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium