NOR AZIMAH PULANG SELEPAS SETAHUN HILANG DI MADINAH - pakdin.my

Jemaah umrah yang dilaporkan hilang ketika menziarahi Madinah pada 20 Disember 2015, Nor Azimah Ibrahim, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini hari ini.

Nor Azimah, 32, dilaporkan tiba kira-kira pukul 12 tengah hari dan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH151 dari Jeddah, Arab Saudi.

Difahamkan, Nor Azimah turut dijemput oleh kedua-dua ibu bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 54, dan Zamhani Zakaria, 51.

Perkara itu disahkan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat.

Mohammad Ali berkata, Nor Azimah ditemukan pada 13 Disember lalu selepas itu pihak berkuasa Arab Saudi menghubungi pejabat konsul dan memaklumkan perkara tersebut.

“Pegawai pihak berkuasa terbabit memberitahu Nor Azimah ditahan di pusat tahanan imigresen di Mekah.

Sejak itu, kita berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia dengan menguruskan semua dokumen yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nor Azimah, seorang ibu tunggal berangkat ke tanah suci bersama bapa dan ibunya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember 2015 dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 22 Disember.

Pada hari kejadian 20 Disember 2015, Nor Azimah meminta kebenaran daripada bapa dan ibunya untuk tidur di Masjid Nabawi selepas solat subuh, namun gagal dikesan oleh ahli keluarganya selepas itu.

20151231-hilang-di-madinah-ketika-umrah

[contentcards url=”https://pakdin.my/jemaah-malaysia-hilang-ketika-umrah/” target=”_blank”]
 
 
[contentcards url=”https://pakdin.my/azimah-hubungi-rakan-tanya-cara-kahwini-warga-arab-sebelum-hilang/” target=”_blank”]
[contentcards url=”https://pakdin.my/nor-azimah-dipercayai-masih-berada-di-madinah/” target=”_blank”]

UTAMANOR AZIMAH PULANG SELEPAS SETAHUN HILANG DI MADINAH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium