Nothing To Hide: Polis Bertindak Bijak Batal Program – Ibrahim Ali - pakdin.my

Ibrahim-Ali-Dialog-Nothing-To-Hide

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memuji tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan pembatalan program Dialog PM Bersama NGO, ‘Nothing To Hide’ pada pagi sebagai langkah bijak.

“Ini langkah yang bijak oleh pihak polis dengan tidak mengizinkan acara ini diteruskan,” katanya dipetik dari portal MalaysiaDigest.

Dalam kenyataan yang sama Ibrahim Ali menyifatkan program hari ini tidak sesuai dilaksanakan kerana apa sahaja boleh berlaku bila dua kumpulan penyokong berada di lokasi yang sama.

“Saya dapat melihat dan mengetahui kebanyakan daripada mereka di sini … fikiran mereka sudah tetap. Mereka adalah dari kem ini atau kem lain.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku … Sudah tentu ia perkara baik untuk media melaporkannya … tetapi saya tahu keputusan yang terbaik adalah membatalkannya,” jelas beliau.

“Anda boleh memanggil saya apa yang anda mahu … pelampau … apa sahaja, tetapi saya boleh menjangka apa yang akan berlaku,” katanya lagi.

Ibrahim juga meminta orang ramai meletakkan kepercayaan kepada pegawai penguatkuasa yang tahu apa yang terbaik berdasarkan situasi semasa.

“Mereka boleh membaca reaksi orang ramai, bahasa badan dan (dapat) meramalkan tindak balas (yang mungkin berlaku),” ujarnya.

Beberapa sumber menyebut berlaku tolak menolak, rempuhan dan insiden kekecohan di lokasi dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan penganjur membatalkan dialog tersebut atas faktor keselamatan.

“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, PDRM mengarahkan Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan,” tulis beliau dalam twitternya pagi ini.

Sementara itu, pihak penganjur menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dihalang dan dinasihatkan oleh pihak polis supaya tidak menghadiri dialog tersebut atas sebab keselamatan.

UTAMAEDITORIAL1MDBNothing To Hide: Polis Bertindak Bijak Batal Program – Ibrahim Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium