Nurul Izzah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan - pakdin.my

Kerajaan memutuskan untuk mengemukakan satu usul mengikut peraturan 27 (3) dan 80 Peraturan Mesyuarat untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berikutan isu perjumpaan beliau dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada Naib Presiden PKR itu menjelaskan tindakannya kepada jawatankuasa tersebut.

Katanya, ini memandangkan Nurul Izzah gagal memberi jawapan jelas berhubung perjumpaannya dengan Jacel.

“Meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf atas perbuatannya itu, sebagai seorang ahli Parlimen, tindakannya itu tidak boleh diterima, bercanggah dengan ikrar yang dilafazkan untuk melindungi kedaulatan negara dan mengangkat keluhuran Perlembagaan.

“Ini bermakna, beliau sedar sepenuhnya tentang hal ehwal kedaulatan negara. Kerajaan ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang pengingkaran terhadap ikrar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini dilaporkan bertemu dengan Jacel di Manila, Filipina berikutan penyebaran gambar beliau dengan anak sulung ketua pengganas berkenaan.

Azalina menambah, gambar Nurul Izzah bersama Jacel yang ada kaitan dengan pihak yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013 itu mencerminkan ketidaksetiaan kepada negara.

UTAMABERITANurul Izzah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium