Oppo, Telefon Pintar Buatan China Umum R1S Dengan Sokongan LTE Dan Pelbagai Ciri Menarik - pakdin.my

Oppo-R1S

Oppo R1 baru empat bulan dilancarkan, tetapi syarikat Cina ini mengambil langkah memperkenalkan edisi terbaru yang diperbaharui, telefon pintar untuk golongan pertengahan. Kali ini di tambah dengan tambahan serasi dengan capaian rangkaian LTE dan  Oppo tidak berhenti di situ kerana banyak lagi ciri-ciri menarik disediakan.

R1 asalnya dikuasakan oleh chipset MediaTek MT6582 1.3GHz quad-core dengan 1GB RAM. R1 juga menyediakan dua sensor kamera resolusi tinggi : satu 8 Megapiksel F2.0 kamera belakang  dan 5 Megapiksel hadapan. Skrin 5- inci dengan paparan 720p, penyimpanan data 16GB  dan bateri 2410mAh dan kerangka senipis  7.1mm dengan keberatan 140gram .

Oppo-R1S

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, R1 baharu yang dikenali sebagai R1S  menyokong sambungan rangkaian LTE. Untuk berbuat demikian, Oppo telah menggantikan pemproses MediaTek asal dengan Qualcomm Snapdragon 400 1.6GHz pemproses quad core dengan 2GB RAM. Selain itu, Oppo juga telah dinaik taraf kamera dari 8 Megapiksel  kepada  13 Megapiksel, manakala ciri-ciri lain tetap sama – termasuk reka bentuk aluminium yang teguh.

Oppo R1S akan dilancarkan di China pada 25 April, di mana maklumat lebih terperinci pada perkakasan alat itu akan diumumkan. Melihat kepada langkah pengembangan secara aggresif  syarikat itu di rantau ini, dijangkakan telefon pintar ini memasuki pasaran ke Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.

UTAMAGAYA HIDUPOppo, Telefon Pintar Buatan China Umum R1S Dengan Sokongan LTE Dan Pelbagai...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium