Pahang juara Piala FA 2014 - pakdin.my

piala-fa-final-pahang-felda-3

Pahang Julang Trofi Juara Piala FA 2014

SHAH ALAM: Pasukan Pahang bejaya merangkul Piala FA buat kali kedua selepas tahun 2006 dengan menewaskan pasukan Felda United 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Impian Felda United untuk mencipta sejarah meraih trofi ini buat julung kalinya musnah apabila kemenangan saat akhir skuad Tok Gajah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Felda United yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim mempamerkan aksi kemas cuba melakukan serangan di kubu lawan dan Edward Junior Wilson berjaya membuka jaringan pertama pada minit ke-22.

Bersambung pada babak kedua, pemain-pemain Tok Gajah mula mempamerkan aksi lebih kemas di bahagian tengah bagi mengawal kemaraan serangan Felda United.

Mohd Faizol Hussien pada minit ke-80 berjaya memecah kebuntuan gol Pahang apabila melakukan tendangan kencang menggunakan kaki kirinya sekaligus mengecewakan penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Haron.

Pemain-pemain Pahang seperti sudah selesa dengan rentak permainan terus mencuba untuk mencari cari gol kemenangan dan akhirnya pemain import Dickson Nwakaeme memastikan trofi Piala FA tahun ini menjadi miliknya dengan melakukan jaringan minit ke-88.

Biarpun skuad Felda United cuba mengejar, namun sedikit kelalaian di benteng pertahanan pada minit-minit terakhir itu memberi padah kepada mereka.

Barisan Pemain:

PAHANG: Md Khairul Azhan Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan (kapten), Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Azidan Sarudin (Mohd Faisol Hussein), Matias Ruben Conti
(Zeshan Rehman), Azamuddin Mohd Akil (Mohd Fauzi Rozlan), Dickson Nwakaeme

FELDA UNITED FC: Mohd Farizal Harun, Yarozlav Krushelnitskiy, Hasni Zaidi Jamian, Muhammad Shukor Adan (kapten), Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nashriq Baharom), Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya (Mohd HarisSafwan Mohd Kamal), Mohd Raimi Mohd Noor (Shahrulnizam Mustapa), Indra Putra Mahayuddin, Edward Junior Wilson.


 

piala-fa-final-pahang-felda piala-fa-final-pahang-felda-2

Pahang menjuarai Piala FA selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk menewaskan FELDA United 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Jaringan Faisol Hussain pada minit ke-80 membolehkan Pahang menyamakan kedudukan dengan FELDA United yang mendahului pada minit ke-23 menerusi jaringan Junior Wilson.

Dikson Wakaeme memastikan kemenangan milik Pahang dengan jaringan pada minit ke-89.


 

UTAMAGAYA HIDUPPahang juara Piala FA 2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium