Pairin Terus Kuasai Pengaruh Besar Dalam Politik Sabah - pakdin.my

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, pengasas dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), yang sedang mengadakan kongres tahunannya selama tiga hari bermula Selasa, mempunyai pengaruh besar dalam politik Sabah.

Suasana relatif tenang di Sabah dalam tempoh 10 tahun lepas, yang sebelum itu terkenal sebagai negeri yang sering dilanda pergolakan politik, sebahagian besarnya adalah hasil daripada keikhlasan beliau dalam membawa kembali PBS ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada 2002 setelah PBS meninggalkan gabungan parti pemerintah itu pada 1990.

Ketika itu, Pairin, yang kini berusia 72 tahun, boleh dikatakan secara bersendirian bangun untuk menentang BN apabila kerabat parti gabungan itu di Sabah, Parti Berjaya, menjadi sasaran kemarahan majoriti masyarakat Kadazandusun yang menganggapnya melakukan pelbagai tindakan tidak popular pada pertengahan 1980-an.

Berikutan itu, Pairin meninggalkan Parti Berjaya untuk menubuhkan PBS dan tidak sampai sebulan selepas itu, parti berkenaan menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui Parti Berjaya pada pilihan raya 1985.

PBS memperoleh kuasa melalui sokongan popular rakyat berikutan perubahan arus politik yang belum pernah berlaku dalam arena politik Malaysia sebelum itu.

UTAMABERITAPairin Terus Kuasai Pengaruh Besar Dalam Politik Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium