Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah.

Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad, iaitu sangat-sangat dituntut melakukannya. Rasulullah SAW bersabda;

Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat Witir, sebab Allah itu Witir(Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir.” (Riwayat Ahmad)

Ia boleh didirikan sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia boleh dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri 1 rakaat atau diakhiri 3 rakaat  (1 tahiyyat 1 salam).

Waktu Solat Sunat Witir iaitu setelah solat Isyak sehingga menjelang Subuh. Ia merupakan pelengkap atau penutup solat sunat Tahajjud @ solat malam dan juga solat Tarawih. Rasulullah SAW bersabda;

Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Riwayat Bukhari RA dan Muslim RA)

Fadhilat Solat Sunat Witir

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir

Secara kebiasaannya solat witir dilakukan 2 rakaat 1 salam diikuti 1 rakaat 1 salam.

Lafaz niat 2 rakaat;

Solat_Sunat_Witir_1_MyWaktuSolatMaksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan:

Pada rakaat pertama hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la.

Solat_Sunat_Witir_3_MyWaktuSolat Pada rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Solat_Sunat_Witir_4_MyWaktuSolatLafaz niat 1 rakaat;

Solat_Sunat_Witir_2_MyWaktuSolatMaksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan:

Setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas;

Solat_Sunat_Witir_5_MyWaktuSolat

Selesai sahaja tahiyyat dan salam, bacalah bacaan berikut;

Wirid_Solat_Sunat_Witir

Doa Solat Sunat Witir;

Doa_Solat_Sunat_Witir

Peringatan:

Sesiapa yang telah mengerjakan solat witir penamat, kemudian mahu bersolat lagi selepas itu, maka dia boleh bersolat tetapi tidak mengulangi lagi solat witir. Ini kerana Rasullullah SAW telah bersabda bermaksud;

Tidak ada dua witir pada satu malam.” (Riwayat Ahmad)

Walau bagaimanapun mengikut pendapat ulama dalam Kitab Bahrul Mazi mengatakan, sesiapa yang telah mengerjakan solat witir pada awal malam dan bangun pada di tengah malam serta mahu mengerjakan solat lagi, maka dia hendaklah mengerjakan witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan witir pada awal malam tadi.

Setelah mengerjakan solat witir satu rakaat barulah dia mengerjakan solat tahajjud atau solat-solat sunat yang lainnya. Setelah itu diakhiri dengan solat witir. Ia dikira sebagai satu witir sahaja pada waktu malam. Wallahua’lam…

Panduan di atas berdasarkan kepada Panduan Qiamullail terbitan JAKIM serta beberapa rujukan lain.

24 Replies to “Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Leave a Reply