Pantau Awal Ahli Umno Ingkar: Najib - pakdin.my

Umno akan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti itu lebih awal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memantau kemungkinan anggotanya bertindak bertentangan dengandasar parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pemantauan awal dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan timbul lebih banyak masalah menjelang pilihan raya.

“Kebiasaannya Jawatankuasa Disiplin akan mengambil tindakan selepas pilihan raya, tapi ada ahli MT (Majlis Tertinggi) yang cadangkan agar ia dikuatkuasakan lebih awal.

“Kita mahu ambil pendekatan proaktif, setiap pilihan raya mesti ada kelakuan yang bertentangan dengan parti.

“Contohnya ada yang tidak dapat jadi calon…tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti. Jadi elok kita ambil tindakan awal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi Umno tahun ini di sini, Jumaat.

Selain itu menurut Najib, sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya akan mengambil tindakan selepas pilihan raya berakhir.

Mengulas lanjut, Najib berkata Jawatankuasa Disiplin mempunyai kuasa autoriti dalam menentukan tindakan yang bakal diambil terhadap anggota Umno yang melanggar undang-undang parti itu.

“Kalau ada apa-apa tindakan disiplin, proses (yang bakal diambil) adalah adil.

“Namun hingga kini belum ada apa-apa aduan rasmi. Kita nak pantau awal, kita tak mahu selepas pilihan raya baru nak pantau,” katanya.

UTAMABERITAPantau Awal Ahli Umno Ingkar: Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium