Parlimen: Pendedahan Annuar Musa keadilan terpilih cara Anwar (Video) - pakdin.my

Annuar-Musa-bantai-pembangkang

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis membidas ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang bersikap bongkak, angkuh dan sombong kerana seolah beranggapan apabila mereka menjadi wakil rakyat pembangkang, maka semua tindakan yang mereka buat adalah betul.

Annuar berkata demikian bagi mengecam tindakan pembangkang memulaukan sidang Dewan Rakyat pada Selasa bagi memprotes keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman  penjara lima tahun.

“Tuan Yang Di Pertua. Dalam sejarah perjalanan mahkamah dalam negara kita, kita boleh sebutkan berapa banyak kes-kes yang mana dimenangi oleh pembangkang.

“Antaranya Permatang Pauh pernah menang dalam kes samannya terhadap blogger “Papagomo”. Mereka menang tetapi mengapa tidak dianggap ada campur tangan eksekutif?

“Bekas menteri besar Perak menang saman fitnah terhadap TV3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga pernah memberikan kemenangan kepada bekas menteri besar Perak terhadap Utusan Malaysia.

“Permatang Pauh juga pernah diisytiharkan memang dalam saman terhadap seorang Ahli Parlimen lain dalam Dewan ini.

“Permatang Pauh juga pernah menang kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang terhadap Datuk S. Nallakarupan.

“Dan ada juga yang berjiwa besar kalah tetapi tidak komplen. Presiden PAS kalah dalam kes mahkamah tetapi tidak pula hendak menuduh sesiapa apabila beliau kalah setelah disaman oleh wakil PKR,” Annuar memetik beberapa contoh di mana perbicaraan di mahkamah  dimenangi oleh pemimpin pembangkang.

Menurut Annuar alasan ahli Parlimen PR tidak hadir kononnya bagi menghadiri proses penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan  Negeri Kajang adalah tidak munasabah selain satu penipuan.

Ini kerana proses berkenaan tidak memerlukan semua semua 89 ahli Parlimen PR hadir di Kajang, yang mana Barisan Nasional (BN) turut meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calonnya.

Annuar turut mengecam tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum itu sepakat tidak memakai pakaian istiadat ketika menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada Isnin yang disifatkan Annuar tidak menghormati  Yang di-Pertuan Agong.

“Beberapa hari sebelum persidangan (Dewan Rakyat) bermula Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaporkan gering.

“Oleh kerana kepentingan dan kemulian Dewan, Seri Paduka yang gering sanggup datang berangkat ke Dewan yang mulia ini kerana menghormati Dewan malah Tuanku yang sakit boleh datang dengan berpakaian lengkap mengikut aturan surat-surat jemputan,” kata Annuar walaupun keadaan Dewan hiruk pikuk dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang terjerit-jerit mahu bercakap walaupun tidak diberi laluan.

Selanjutnya, saksikan sendiri video rakaman gelagat ala-samseng ahli Parlimen pembangkang yang bukan sahaja tidak menghiraukan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, malah tidak tahu menghormati ahli Parlimen lain yang sedang berbahas serta enggan pula mematuhi arahan Speaker, Datuk Ronald Kiandee

 

UTAMAPOLITIKParlimen: Pendedahan Annuar Musa keadilan terpilih cara Anwar (Video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium