PAS masih anggap hubungan dengan DAP ibarat suami isteri - pakdin.my

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berbual sesuatu semasa menghadiri Kongres ke-16 DAP di Pusat Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA)

Walaupun hubungan PAS dan DAP kerap tegang termasuk isu hudud ketika ini, PAS masih mengibaratkan hubungan kedua-dua parti itu seperti suami isteri dengan masing-masing mempunyai percanggahan pendapat.

“Saya tak anggap isu hudud akan pecah belahkan Pakatan. Kerana kita dah capai satu persetujuan sebelum ini bersetuju untuk tidak bersetuju iaitu PAS bersetuju yang DAP tak bersetuju dalam hal ini. PAS menghormati perkara itu,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

“Jadi tidak akan menyebabkan perpecahan. Kita ini macam suami isteri. Suami suka gulai tapi isteri suka memasak masak lemak cili api. Walaupun bercanggah tapi mereka masih duduk serumah,” kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena apabila ditanya sama ada akan berlaku perpecahan antara PAS dan DAP ekoran isu hudud.

Ditanya sama ada PAS bersedia untuk memberi isi kandungan pindaan undang-undang yang diusahakan Kelantan kepada PKR untuk diteliti, Mahfuz menjelaskan ia terserah kepada budi bicara kerajaan Kelantan.

“Secara dalaman (untuk beri) mungkin boleh tetapi secara prinsipnya ia embargo. Terpulang pada kerajaan negeri,” ujarnya.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini, Mahfuz  berkata.taklimat pindaan enakmen Syariah itu haruslah dibuat supaya setiap perkara yang terlibat dapat dijelaskan malah PAS Pusat sendiri tidak meengetahui isi kandungan pindaan tersebut.

“Saya cadangkan supaya kerajaan Kelantan aturkan pertemuan untuk memberikan taklimat kepada semua pihak berhubung pindaan enakmen syariah ini. Kerana isunya adalah berkenaan pindaan enakmen yang telah sedia ada kepada enakmen yang baru.

“Pindaan yang lama kepada yang baru..bukannya kita buat enakmen baru. Dan enakmen ini sudah pun berusia kira-kira 20 tahun. Selain taklimat itu, semua yang berminat boleh juga hadir pada sidang DUN itu nanti,” katanya.

Kelantan akan mengadakan sidang DUN khas bagi meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah pada 29 Disember ini tetapi sekutu mereka DAP kekal menentang manakala PKR meminta pindaan itu untuk diteliti terlebih dahulu.

UTAMABERITAPAS masih anggap hubungan dengan DAP ibarat suami isteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium