Pas Perlukan Kerjasama Politik Pakatan Rakyat Untuk Terus Berkuasa - pakdin.my

hadi-awang-karpal-singh

Pas hanya mampu mentadbir negeri yang dikuasai mereka dan memerlukan kerjasama politik (tahaaluf siyasi) dari Pakatan Rakyat untuk terus berkuasa, kata Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Beliau berkata rekod parti itu secara bersendirian hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu, namun hasil kerjasama itu menjadikan mereka mampu berkuasa di negeri pantai barat.

“Tahaaluf siyasi antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya membawa Pas keluar dari kawasan pantai timur.

“Malah Pas kini mempunyai exco teramai di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) selain menjadi pembangkang terkuat di Terengganu dan Perak,” katanya dalam ucaptamanya pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-53 di sini Rabu.

Pandangan sayap Pas itu berbeza dengan cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib yang mahu parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam PR selepas kemelut dengan rakan mereka, DAP.

Dilaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta supaya pendaftaran parti Islam itu dibatalkan dan baru-baru ini Pas Pulau Pinang membantah “campur tangan tidak munasabah” kerajaan negeri itu di dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Harun juga sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mengkaji semula kerjasama politik itu selepas sokongan pengundi Melayu untuk Pas merosot pada PRU 13.

Siti Zailah menegaskan tahaaluf siyasi yang diputuskan secara syura itu turut berjaya melebarkan dakwah kepada masyarakat bukan Islam sekaligus berjaya memecahkan benteng paling sukar untuk muncul sebagai parti nasional.

UTAMAPOLITIKPas Perlukan Kerjasama Politik Pakatan Rakyat Untuk Terus Berkuasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium