PAS-PKR pernah sepakat pilih Ku Li jadi PM – Mustafa Ali - pakdin.my

Tengku-Razaleigh-Hamzah-1MDB

Pas akhirnya mendedahkan apa yang ‘disenyapkan’ selama ini tentang pendirian parti itu bersama PKR untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri sementara sebelum memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kedua-dua parti sepakat memilih Ahli Parlimen Gua Musang itu dengan memberi tempoh menerajui tampuk pemerintahan negara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak me­lebihi tiga tahun.

Sejurus tempoh itu berakhir, jelas beliau, jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar yang juga Penasihat PKR.

Mustafa yang juga bekas Setiausaha Agung Pas berkata, keputusan itu dibuat dalam perjumpaan antara kepemimpinan tertinggi Pas dan PKR di sebuah hotel di ibu negara beberapa bulan sebelum PRU-13.

Menurutnya, dalam perbinca­ngan itu, Pas diwakili oleh bekas Mursyidul Amnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; timbalannya yang kini Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr. Syamsuri Mokhtar serta beliau sendiri.

Jelas beliau, PKR pula diwakili Anwar; Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution serta dua orang lagi pemimpinnya, Datuk Johari Abdul dan Dr. Abdul Rahim Ghouse.

“Jadi, saya nak bagi senario sebenar, ini ‘untold story’ yang berlaku. Saya tak pernah cerita lagi perkara ini dan hari ini saya rasa satu kewajipan untuk saya beritahu berdasarkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Pendedahan itu bagi menangkis dakwaan Kit Siang kononnya Presi­den Pas menolak Anwar sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum itu.

“Saya nak beritahu tahu Kit Siang, hentilah berbohong sebab Pas tak pernah tolak Anwar jadi Perdana Menteri.

“Apa yang disebut Kit Siang itu, saya tak tahu apa tujuan dia dan selama ini dia serang Presiden Pas macam-macam. Janganlah sampai peringkat berbohong kepada rakyat, tidak bagus begitu,” ujarnya.

Mustafa mendakwa, berikut­an pertemuan itu, pihaknya menerima respons positif daripada Tengku Razaleigh yang bersetuju menerima tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sekali gus menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, keutamaan diberi kepada Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri berdasarkan bebe­rapa faktor termasuk ketokohan, pengalaman yang luas dan prestasi cemerlang dalam politik selain menghormatinya sebagai pemimpin lebih berusia daripada Anwar.

Menurutnya, beliau mempu­nyai bukti kukuh mengenai persetujuan Pas melantik Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai Perdana Menteri berdasarkan ramai saksi daripada kedua-dua belah pihak yang hadir dalam perjumpaan tersebut.

UTAMAPOLITIKPAS-PKR pernah sepakat pilih Ku Li jadi PM - Mustafa Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium