Pas Tidak Ada Niat Bermuzakarah Dengan Umno, Kata Abdul Hadi Awang - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 21 Mei  — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Isnin menafikan parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu timbul susulan kekeliruan berhubung kesediaan PAS berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini menuduh PAS tersasar daripada perjuangan berteraskan Islam.

“Saya ingin tegaskan memang tidak pernah timbul isu PAS nak bermuzakarah dengan Umno sebaliknya kami (PAS) nak memberi penjelasan (bermuzakarah) bersama NGO disebabkan tuduhan berhubung perjuangan PAS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Pusat, di sini Isnin.

Abdul Hadi juga mendakwa isu muzakarah itu agenda politik Umno menjelang pilihan raya umum.

“Buat apa nak muzakarah dengan mereka (Umno) melainkan jika nak membincangkan perkara berhubung pilihan raya bersih yang mana itu merupakan tanggungjawab mereka sebagai parti pemerintah.

UTAMABERITAPas Tidak Ada Niat Bermuzakarah Dengan Umno, Kata Abdul Hadi Awang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium