Pas tidak berasa rugi bantu lonjak pencapaian DAP – Hadi

hadi awang 8-1-2013

Pas tidak menanggung apa-apa kerugian melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihatkan peranan parti itu seolah-olah sekadar membantu melonjakkan pencapaian DAP sedangkan kerusi yang dimenanginya pula susut.

Pas yang selama ini cuba menyakinkan bahawa parti itu merupakan tulang belakang kepada pakatan pembangkang memperoleh kerusi paling sedikit.

Namun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap mereka masih mampu membela nasib Melayu dan Islam.

“Tidak… tak ada kerugian sedikit pun,” ujar Abdul Hadi ketika ditanya berhubung perkara itu selepas menyampaikan ceramah di pekarangan Masjid Rusila di sini malam tadi.

Pada PRU-13, DAP memperoleh 38 kerusi Parlimen, PKR 30 dan Pas 21.

Menurut Abdul Hadi, suara parti tidak akan mengecil malah masih tetap sama kerana Pas melalui proses naik turun dari segi pencapaian tetapi apa yang penting bagi beliau ialah undi popular terus meningkat.

Leave a Reply