PAS tolak sertai himpunan haram, Bersih

PAS menolak daripada menyertai himpunan haram Bersih 5 yang dirancang diadakan hujung bulan depan dan tidak menggalakkan ahli-ahli parti untuk turun menyertainya juga.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyifatkan himpunan haram tersebut ada banyak matlamat lain yang dirasakan rasakan ia tidak selari dengan pendekatan parti Islam itu masa kini.

“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa PAS sekarang,” katanya dipetik dalam laman Sinar Harian Online.

Takiyuddin berkata, namun ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli PAS untuk menyertai itu secara peribadi, PAS belum putuskan lagi.

“Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menolak tuduhan yang mengatakan sekiranya PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah PAS kini ‘bersama BN (Barisan Nasional)’.

“Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan ‘Satukan Tenaga, Malaysia Baru!’.

20160928-bersih-kristianisasi

410 Replies to “PAS tolak sertai himpunan haram, Bersih

Leave a Reply