PAS tolak wanita jadi Menteri Besar - pakdin.my

wan-azizah-karpal

Hasrat PKR melantik Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor mungkin mendapat tentangan PAS negeri.

Ini kerana PAS berpegang kepada konsensus bersetuju golongan itu dilantik hanya setakat wakil rakyat bukan jawatan tertinggi termasuk sebagai Menteri Bvesar.

Mesej penolakan tersebut disampaikan Yang di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi ketika diminta mengulas kemungkinan PKR melantik Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika beliau digugurkan daripada jawatan menteri besar.

Beliau yang juga Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor PAS berkata, parti Islam itu menolak pelantikan wanita sebagai menteri besar, memandangkan konsensus mereka hanyalah setakat melantik golongan itu sebagai wakil rakyat.

“Setakat ini, kita tidak sampai peringkat untuk mencadangkan wanita sebagai Menteri Besar atau jawatan lebih tinggi.

“Kalau sebagai wakil rakyat memang kita ada konsensus yang kita putuskan wanita juga boleh bertanding,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Masjid Sepang pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun yang berkata bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak menjadi menteri besar kerana mengalami uzur syarie.

Walau bagaimanapun, Yunus yang juga Adun Sijangkang itu tidak bersetuju dengan kenyataan Hafarizam.

Namun, katanya perlu ada satu keputusan secara kolektif oleh pakatan rakyat jika mahu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

“Soal dia layak atau tidak untuk menjadi Menteri Besar, itu satu soal kolektif yang lain.

“Tetapi kalau Menteri Besar itu wanita, saya rasa itu tidak tepatlah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menginginkan rakyat menghormati kerajaan dan pemimpin di Selangor pula bersikap lebih matang dalam isu mahu mengugurkan Abdul Khalid.

“Pakatan Rakyat ini tidak patut bertelingkah disebabkan oleh isu-isu kepimpinan, sebab ada jawatankuasa yang boleh mengendalikan isu ini.

“Sepatutnya rakyat melihat pemimpin memperjuangkan mereka, kalau kita sendiri bertelagah antara kita, itu tidak jadi apa,” ujarnya.

Beliau turut meminta semua pihak untuk menerima hakikat bahawa setiap orang terdapat kekurangan dan kelebihan tersendiri.

“Dan melalui kekurangan seseorang itulah, semua pihak harus bersama untuk memperbaiki kekurangan yang ada,” katanya.

Wan Azizah yang juga Adun Kajang diuar-uarkan bakal dilantik menteri Besar menggantikan Khalid yang terus menerima tekanan supaya melepaskan jawataanya.

Selain beliau, timbalan presiden PKR Azmin Ali juga disebut-sebut mengisi jawatan tersebut.

Majlis Presiden pakatan rakyat dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan perkara yang semakin membengkak dalam PKR Selangor itu

UTAMAPOLITIKPAS tolak wanita jadi Menteri Besar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium