PAS tuntut PKR serah semula kerusi DUN Pengkalan Kubor - pakdin.my

Janji Bersih - Bendera PAS

Ketika PKR berangan-angan boleh menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Pengkalan Kubor, PAS menuntut kerusi tersebut dikembalikan kepada parti itu.

Gesaan itu setelah ambil kira kegagalan PKR menang di DUN berkenaan sejak dua pilihan raya umum lalu.

Ketua Muslimah PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada PAS.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“PAS perlu mengisi tempat itu untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya kepada media, Sabtu.

Siti Zailah menghadiri Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya calon yang layak jika kerusi itu diserahkan kepada parti itu..

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

Siti Zailah juga mengakui PRK Dun Pengkalan Kubor kali ini adalah satu cabaran yang baharu memandangkan ia berada dalam kawasan menteri besar.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima DUN di bawahnya.

Empat daripada DUN berkenaan dimenangi oleh PAS pada PRU13.

Sekiranya, PAS bertegas mahukan kerusi itu semula, ianya bakal mengundang krisis baru hubungan parti itu dengan PKR selepas isu Menteri Besar Selangor.

Semalam, timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali membayangkan parti itu tiada halangan besar untuk menang pada PRK DUN Pengkalan Kubor.

Beliau juga sudah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan mengenai persediaan PRK kawasan berkenaan yang dijangka akhir bulan depan.

UTAMAPOLITIKPAS tuntut PKR serah semula kerusi DUN Pengkalan Kubor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium