Pasangan suami isteri direman bantu siasat kes dera kanak-kanak - pakdin.my

BAPA kandung dan ibu tiri Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, kanak-kanak perempuan yang didera sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan serius termasuk patah 10 tulang rusuk, tulang belakang, bahu kanan selain tulang pinggulnya berubah kedudukan, ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak berusia lima tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Rashid Mustapa di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan ibu tiri serta bapa kandung mangsa disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Wanita berkenaan berusia 25 tahun manakala suaminya berusia 39 tahun ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi.

pasangan-dera-anak-lari-thailand

Kejadian dera membabitkan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaan fizikalnya yang lemah.

Pemeriksaan lanjut mendapati Nur Zuliana Zaara mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di bahagian rusuk, tulang belakang serta pinggul yang sembuh sendiri tanpa menerima rawatan sempurna dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

UTAMABERITAPasangan suami isteri direman bantu siasat kes dera kanak-kanak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium