Pasangan suspek kes dera kanak-kanak lari ke Thailand - pakdin.my

pasangan-dera-anak-lari-thailand

Polis Kelantan bekerjasama rapat dengan rakan mereka di Thailand dalam usaha memburu pasangan suami isteri yang mendera kanak-kanak berusia lima tahun hingga patah tulang belakang, tulang rusuk selain cedera di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek yang juga ibu tiri kepada Nur Zuliana Zaara Zulkifli dan bapa kandung kanak-kanak itu dipercayai bersembunyi di Thailand selepas mengetahui mereka menjadi buruan polis.

Beliau berkata, hasil maklumat yang diterima pasangan suami isteri itu berada di negara jiran berkenaan dan pihaknya mendapatkan kerjasama polis Thailand untuk memburu suspek.

Perbuatan kejam terhadap Nur Zuliana atau nama timangannya Yaya dikesan ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek, 28, ketika mengambilnya dari rumah bekas suaminya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas, Rabu lalu.

Ketika mengambil anaknya, Sana mengesyaki sesuatu yang berlaku terhadap Yaya, sebelum melihat pelbagai kesan kecederaan ditubuh anaknya.

Sana kemudian membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, yang kemudian menghantar Yaya untuk menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana dera.

Doktor yang merawat Yaya mendapati kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah tulang selain kekurangan zat.

Sementara itu Kosmo melaporkan, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kecederaan tersebut dikesan di bahagian tulang rusuk, tulang belakang, pinggul dan lengan.

“Kecederaan yang dialami mangsa berlaku sejak tempoh tiga hingga enam bulan lalu. Malah mangsa juga didapati kekurangan zat dengan berat badan hanya 15 kilogram, tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun,” katanya di sini hari ini

UTAMABERITAPasangan suspek kes dera kanak-kanak lari ke Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium