PEGAWAI BOMBA BALAI KUALA KUBU BHARU CEDERA TANGAN DIPATUK ULAR - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Seorang pegawai bomba dikejarkan ke hospital selepas jari tangan kirinya dipatuk ular senduk ketika cuba menangkap reptilia itu yang masuk ke sebuah kediaman di Taman Kemboja, Bukit Beruntung, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, Pegawai Bomba (PB) Mohammad Amin Hassan, 23, bersama beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu cuba menangkap ular sepanjang kira-kira satu meter yang bersembunyi dalam sebuah kabinet hiasan di rumah itu.

Bagaimanapun, cubaan menangkap ular berkenaan bertukar menjadi situasi cemas apabila Mohammad Amin tidak bernasib baik kerana dipatuk ular itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sejurus dipatuk, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan.

“Selepas semalaman dirawat di zon merah Jabatan Kecemasan hospital itu, mangsa dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

“Keadaannya kini dilaporkan stabil namun masih dalam pemerhatian,” katanya ketika dihubungi BH, tadi.

Pasukan bomba berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan alat penjerut dan ia kemudian dilepaskan di tempat selamat.

20161223-ahli-bomba-kkb-patuk-ular

UTAMABERITAPEGAWAI BOMBA BALAI KUALA KUBU BHARU CEDERA TANGAN DIPATUK ULAR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium