Pejabat Perdana Menteri Nafi Usaha Wujudkan Kerajaan Perpaduan Dengan Ketua Pembangkang - pakdin.my

kenyataan-akhbar-kerajaan-perpaduan

Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Jumaat, kebelakangan ini terdapat beberapa portal berita online yang telah menyiarkan laporan kononnya Najib sedang berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan itu bersama Anwar.

Katanya laporan portal berita tersebut yang kononnya memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” beliau adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

“Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata laporan yang memetik Ketua Pembangkang mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”.

Ia berkata usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan beliau dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau (Jusuf Kalla) sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri.

“Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa telah berlaku penipuan dalam proses PRU13.

“Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu ‘ciptaan dan rekaan’ bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya,” kata kenyataan itu.

Berikut ialah kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri:

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa telah berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

UTAMAPOLITIKPejabat Perdana Menteri Nafi Usaha Wujudkan Kerajaan Perpaduan Dengan Ketua Pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium