Pejabat Perdana Menteri tolak tindakan tidak berasas akhbar Australia - pakdin.my

najib-akhbar-australia

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak sepenuhnya tindakan tidak berasas cubaan mencemar dan insinuasi yang diselitkan menerusi artikel bertajuk “Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak”, terbitan akhbar The Age and the Sydney Morning Herald milik Kumpulan Media Fairfax, Australia semalam.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu menyebut bahawa perbuatan itu cubaan terdesak untuk mengaitkan kerja-kerja Najib sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Antaranya termasuk misi perdagangan mempromosikan Malaysia di luar negara dan bertemu ribuan orang termasuk pelaku jenayah yang mungkin berada dalam ruang sama dengannya.

Artikel terbabit tidak membuat walau satu pun pertuduhan langsung terhadap Najib oleh sebab yang baik kerana ianya tidak berkaitan dan langsung tidak memiliki bukti bahawa Najib terbabit dengan kes yang sudah diputuskan mahkamah serta individu bersalah yang dihukum.

Hakikat itu kata PMO disedari Fairfax Media namun artikel terbitan media itu secara berterusan cuba mengelirukan serta membayangkan bahawa Najib tetap turut berperanan malah mungkin menerima faedah dari sebarang salahlaku yang didakwa.

Tanpa mengemukakan bukti pembabitan Najib dengan kes itu, artikel terbabit bagaimanapun bergantung sepenuhnya dengan perkataan-perkataan licik dan tidak konklusif seperti ‘disyaki’, ‘didakwa’ dan ‘mencadangkan’ untuk meracun pemikiran pembaca bahawa Najib bersalah kerana pergaulan dan perhubungannya.

Akhbar itu dalam laporannya mendakwa kerajaan Malaysia menyekat permohonan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal rasuah yang mungkin melibatkan Perdana Menteri.

Permohonan rasmi itu yang dikatakan dibuat menerusi Jabatan Peguam Negara Komanwel bagaimanapun didakwa tidak diendahkan pihak berkuasa Malaysia.

Artikel itu melaporkan bahawa terdapat individu yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah, menyebabkan pendakwaan terhadap beberapa ahli perniagaan warga Australia yang bekerja dengan dua Bank Rezab Australia (RBA), diteruskan.

Skandal RBA itu mengenai dakwaan pegawai Malaysia yang didakwa disogok oleh dua syarikat itu bagi memperoleh kontrak menukar wang kertas kepada polimer di antara 1999 sehingga 2009.

UTAMAEDITORIAL1MDBPejabat Perdana Menteri tolak tindakan tidak berasas akhbar Australia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium