Pekerja ladang serang pasukan polis, seorang ditembak mati

pekerja-ladang-mati-ditembak-polis

Tindakan sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Betong, Sarawak, kira-kira jam 4 petang tadi menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat usaha pihak tertentu mewujudkan senario seperti di Singapura minggu lalu.

Sekumpulan pekerja warga asing bertindak menyerang polis menggunakan parang di sebuah ladang sawit di sini kira-kira jam 4 petang semalam.

Difahamkan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Pusa dikejarkan ke ladang berkenaan sejurus menerima maklumat mengenai kes pekerja asing mengamuk.

Bagaimanapun, sejurus tiba di ladang berkenaan, pegawai dan anggota polis terbabit diserang sekumpulan pekerja asing.

Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang daripada anggota polis terbabit dipercayai terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri.

Sumber memberitahu kami, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Katanya, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahan kejadian dan prosedur sepatutnya sudah dilakukan sebagai langkah keselamatan.
Katanya, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman dijangka mengadakan sidang media pagi esok berhubung kes berkenaan.

Leave a Reply