Pelaburan Di Kelantan Sangat Perlahan: Mustapa - pakdin.my

Perdana Menteri ketika melancarkan SEZ-ECER

Kemasukan pelabur ke Kelantan ‘sangat perlahan’ kerana wujud beberapa halangan seperti faktor geografi, kekurangan infrastruktur serta kurang kerjasama dengan kerajaan negeri yang mengakibatkan mereka tidak berminat untuk melabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata meskipun kerajaan pusat melalui kementeriannya giat melakukan promosi pelaburan di luar negara untuk menarik pelabur ke Kelantan namun pelabur tidak berminat kerana halangan-halangan tersebut.

“Saya selaku menteri bertanggungjawab tidak akan lepas tangan untuk menarik pelabur bila ke luar negara bersama-sama pihak Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang sentiasa menyertai rombongan ke luar negara.

“Pelabur luar negara itu memberikan pelbagai alasan seperti faktor geografi termasuk kurangnya infrastruktur di kawasan perkilangan (untuk tidak melabur),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di sini, Ahad.

Mustapa, yang juga Pengerusi MTPNK, berkata apa yang akan dilakukan kementeriannya sekarang ialah membantu pelabur sedia ada di Kelantan untuk terus mengembangkan operasi mereka selain meningkatkan prasarana di kawasan perkilangan melalui MIDA.

Beliau berkata kerajaan Kelantan tidak membantu pihaknya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur kepada pelabur berkenaan yang menyebabkan kerajaan Pusat terpaksa mengatasi masalah itu.

“Promosi pelaburan sentiasa berjalan tetapi kerajaan negeri mungkin buat promosi berasingan tetapi mereka tidak membantu soal meningkatkan infrastruktur,” katanya.

Mustapa berkata ECER sedang membangunkan Taman Industri Halal di Pasir Mas yang apabila beroperasi kelak mampu melonjakkan iklim pelaburan di Kelantan.

Katanya MIDA memperuntukkan sebanyak RM1.45 juta sepanjang tahun ini bagi meningkatkan prasarana di kawasan perkilangan di beberapa lokasi di Kelantan dan telah membelanjakan RM14.7 juta pada tahun lepas bagi tujuan yang sama.

Sementara itu, Mustapa meminta semua ketua jabatan memantau pelaksanaan pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan jabatan masing-masing yang kini sangat perlahan iaitu sekitar 22 peratus sahaja berbanding peringkat kebangsaan yang telah mencapai 30 peratus.

“Kita juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau segala pelaksanaan ini,” katanya

UTAMABERITAPelaburan Di Kelantan Sangat Perlahan: Mustapa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium