Pelaburan Langsung Asing Berkembang Kepada RM139.5 Bilion – Datuk Seri Mustapa Mohamed


Notice: get_currentuserinfo is deprecated since version 4.5.0! Use wp_get_current_user() instead. in /home/pakdinmy/public_html/wp-includes/functions.php on line 3987
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=jI8ZT0oWlAQ]

 

tok paKementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terus komited dengan unjuran perdagangan dan pelaburan tahun ini walaupun ekonomi dunia masih tidak menentu.

“Unjuran kami kekal sama bagi 2013. Kita perlu berusaha keras bagi mencapai sasaran untuk memastikan pertumbuhan di negara ini,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap kepada pemberita pada taklimat media di sini hari ini, katanya kementeriannya akan memberi lebih fokus untuk meningkatkan aktiviti perdagangan selepas menyaksikan pertumbuhan yang perlahan di dalam sektor itu sejak dua bulan lepas, berikutan faktor luaran.

Ia akan turut meningkatkan usaha untuk meningkatkan kedudukan daya saing negara ini di segi ranking bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti.

“Kami mahu mewujudkan peluang penyediaan pekerjaan yang lebih baik yang hanya boleh dicapai melalui pelaburan berkualiti,” katanya. Beliau dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baru.

Perdagangan Malaysia diunjurkan berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini di mana perdagangan keseluruhan dicatatkan RM1.31 trilion pada tahun lalu berbanding dengan RM1.27 trilion yang dicatatkan pada 2011.

Pertumbuhan pelaburan di dalam pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI) akan dikekalkan lebih 20 peratus pada tahun ini. Ia berkembang 24.8 peratus pada 2012 kepada RM139.5 bilion.

Turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

 

Leave a Reply