Pelajar kolej warga Afrika (Nigeria) maut ditembak - pakdin.my

tmp_20140306-215033291305692917

NILAI: Seorang pelajar dipercayai warga  Nigeria berusia 26 tahun maut ditembak di kepala dalam kejadian di tempat letak kenderaan blok penginapan sebuah kolej swasta di Mantin, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi, mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan sebelum ditembak.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, sebaik menerima panggilan pihaknya ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis menemui mangsa terbaring bawah pokok di lokasi kejadian dengan kesan luka di kepala dipercayai ditembak.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. Hanya satu das tembakan dipercayai dilepaskan suspek.

“Pemeriksaan awal kita (polis) percaya mangsa melarikan diri lebih 100 meter sebelum dia ditembak,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITAPelajar kolej warga Afrika (Nigeria) maut ditembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium