Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda - pakdin.my

Gambar hiasan

BESUT — Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama.

UTAMABERITAPelajar Perempuan Tingkatan Dua Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium